Video Viral Minum Sambil Menunggang, Penunggang Dicari Polis

Teh ais ikat tepi memang sangat enak diminum selepas seharian bekerja, ditambah pula dengan cuaca yang panas terik. Tetapi apa-apa minuman sekali pun tidak berbaloi untuk kita membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Namun itulah yang dilakukan oleh seorang penunggang motosikal di Jalan Kuching baru-baru ini apabila dia membuat keputusan untuk menikmati sebungkus teh ais sambil menunggang motosikal.

Apa yang membuatkan situasi itu sangat bahaya kepada dirinya dan pengguna jalan raya lain adalah aksinya mengawal motosikal dengan meletakkan kedua-dua kakinya pada pemegang motosikal, sementara tangannya memegang minuman berkenaan.

Video berdurasi 41 saat yang dirakam oleh seorang pemandu itu tular di media sosial dan individu yang melakukan aksi bawa motosikal guna kaki itu kini dalam buruan polis

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT), Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, pihaknya berjaya mengesan motosikal itu melalui alamat yang didaftarkan.

Motosikal tersebut telah dirampas tetapi suspek lelaki berusia 36 tahun yang dikenali sebagai M Thiruvarasu dari Selayang Baru tiada di rumah ketika itu.

Walau bagaimanapun suspek dilaporkan akhirnya menyerahkan diri selepas kes tersebut tular dan telah direman semalam. Individu itu juga didapati positif dadah, yang menjelaskan tindakan peliknya untuk minum teh ais sambil bawa motosikal guna kaki.

 

Sumber : inforoadblockjpjpolis

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*