Lelaki Nigeria Campak Cucu 4 Tahun Dari Tingkat 3 Apartment Sebab Tak Dapat Rogol Anak Tiri

Kuala Lumpur: Kanak-kanak berusia empat tahun maut dipercayai dicampak oleh datuk tirinya dari tingkat tiga apartment di Danau Kota, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8 pagi sebelum sepasukan polis Wangsa Maju dengan bantuan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Cawangan D9 JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

“Siasatan mendapati, suspek warga Nigeria berusia 42 tahun cuba merogol salah seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu,” katanya.

Bagaimanapun, perbuatan itu cuba dihalang isteri, 49, dan anak-anak tiri lain berusia 19 hingga 29 tahun.

“Berang dengan tindakan itu, suspek dilaporkan mengamuk dan memukul semua mangsa (termasuk isteri, anak-anak tiri serta mangsa) yang berada di dalam rumah berkenaan,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, isteri dan anak-anak tiri suspek cuba menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah untuk dapatkan bantuan jiran dan pengawal keselamatan.

Melihat perbuatan itu, suspek kemudian mengangkat cucu tirinya, membawanya ke tingkap luar bilik utama dan mencampaknya keluar.

“Suspek juga melompat keluar melalui tingkap sama.

“Suspek yang cedera akibat terjun dari tingkat tiga tidak dapat melarikan diri dan ditangkap oleh pengawal keselamatan dan orang awam sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

Suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan sebelum ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksan.

Mangsa lain yang cedera turut dibawa ke HKL untuk mendapat rawatan manakala mayat kanak-kanak terbabit dibawa ke HKL untuk proses bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenda Gopal Subramaniam di talian 012-512-0242 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintenden M. Hussin Sollehuddin Zolkifly (017-244-6363).

 

Sumber : Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*