Pak Lah Janji Harga Minyak Tak Akan Naik?
Bermula pada tarikh 5 Jun 2008 menyaksikan kerajaan BN di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) telah mengumumkan kenaikan harga minyak Malaysia kali ke 7! Wow.. dalam masa 4 tahun 7 kali naik?? Buktinya ada di sini dan sejarah kenaikkan harga minyak dari tahun 1990 hingga kali terakhir pada tahun 2006 juga ada di sini.
Buat makluman anda harga petrol sekarang berharga RM1.92 seliter telah naik ke RM2.70 seliter manakala diesel dari RM1.58 naik ke RM2.58. Sungguh tak lojik harga diesel hampir menyamai harga petrol!
Sesungguhnya saya sebagai rakyat Malaysia merasa sungguh kecewa dengan tindakan terbaru kerajaan ini. Dimanakah janji kerajaan yang ingin membela nasib rakyat? Tidak terfikirkah kerajaan bahawa minyak digunapakai oleh setiap orang tidak kira kaya atau miskin? Dan tidak terfikirkah kerajaan kesannya akan menaikkan harga sekeliling?
Dan tentunya saranan yang biasa kita dengar adalah ubah gaya hidup, harga minyak kita lagi murah daripada Thailand dan Singapura (kenapa tak nak banding dengan Brunei yang sama-sama pengeluar minyak?), kerajaan tak mampu menampung harga subsidi, kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan rakyat (ya ke?), dan pelbagai alasan lagi.
Yang menariknya lagi media kerajaan seperti biasa akan membuat sesi berdialog bersama dengan pakar-pakar ekonomi untuk merelevenkan tindakan kerajaan. Ya.. tadi di TV3 dah buat, Buletin 8 Malam.
Ohh.. sebelum terlupa disebabkan ini adalah harga minyak yang paling tertinggi naik maka kerajaan telah mengumumkan beberapa insentif untuk mengurangkan bebanan rakyat. Satu tindakan yang bagus tetapi ikhlas saya ingin bertanya kepada anda, adakah ia mencukupi? Mampukah ia mengurang sedikit tekanan harga sekeliling yang akan naik semuanya? Itu sudah pasti!
Jadi benarlah kata pembangkang (Pakatan Rakyat), undi BN.. Barang Naik! Ingin protes sila lawati laman web ini. Saya rindu pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad.
Sebelum berakhir mari kita dengar pandangan blogger di bawah ini;


Semoga Blog Ini Membawa Sedikit Manfaat Kepada Kamu Ya!
June 5th, 2008 at 7:16 am
sangat sedih.. bagi yang berpendapatan rendah memang x tahu lagi mcm mane nak idup.. diorg x pe la org besar2 sume support.. sume claim..makan tengahari kat event.. meeting je ade makan2.. aduhhh
June 5th, 2008 at 7:45 am
sy juga rindu pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad…
June 5th, 2008 at 10:05 am
Locos: Saya setuju dengan anda
Fazelaling: Yap.. Tun Dr. Mahathir Mohamad mmg seorang yang berfikiran ke hadapan.
June 5th, 2008 at 10:29 am
[...] anda yang masih pening kepala dengan kenaikan harga minyak di Malaysia ada berita gembira buat [...]
June 13th, 2008 at 7:04 pm
Sebab Pak Lah janji hari itulah saya membuat keputusan menjual motosikal aku dan membeli sebuah proton secondhand, sekarang aku mampus! Nak jual balik tak boleh sebab aku ambil full loan dimana aku kena top up duit lagi pasal used car ambik murah.
June 13th, 2008 at 11:53 pm
Aku Bodoh: Xpe sabar je la bro. Kita doakan Pak Lah cepat turun. He2.. kreatif nick name bro? Ni Pak Lah punya pasal la.