Kumpulan HUJAN Kena ‘Fuck’!
HUJAN- PAGI YANG GELAP
Lebih tua dariku
Harap sabar menunggu
Kepulanganmu ku tungguPagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Ku amat merindui kamu
Pagi yang gelap
Inginku ulang ke masa duluBukan maksudku mendiam
Tiada niat menyimpan dendam
Hakikatnya rindu yang mendalam
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua(korus)
Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Ku amat merindui kamu
Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Inginku ulang ke masa duluTak akan putus hubungan kita
Tarik nafas lega kerna aku tak apa-apa
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua(ulang korus)
NOH - vokal
Miri, Sarawak
DUKEGONG - bass
Taiping, Perak
AMBOBZEELA - drum
Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
IY.AG Coco Band - guitar
Alor Setar, Kedah
ULLY Awan Band - guitar
Sentul, Kuala Lumpur
Macam mana menarik tak lagu ini? Ada orang kata lagu luahan perasaan seorang lelaki gay dan ada yang kata ditujukan kepada abang salah seorang ahli kumpulan Hujan yang baru keluar dari penjara?
Ya ke?
Ok, apa-apa pun saya suka juga dengan kumpulan Hujan ini kerana telah membawa semangat baru dalam industri muzik tanah air Malaysia. Semangat baru yang melawan semangat kebanjiran pemuzik-pemuzik Indonesia yang terlalu ramai.
Dari kumpulan Sheila On 7 sehinggalah ke Matta. Habis kita dipukulnya. Tidak keterlaluan jika saya katakan sekarang hampir sedikit (bukan tak ada) pemuzik-pemuzik tempatan yang mampu menawan hati pendengar kita.
Jadi dengan kemunculan kumpulan Hujan ini telah menyebabkan sedikit sebanyak pendengar kita mula beralih semula kepada muzik ciptaan anak tempatan. Ya.. saya juga begitu!
Tetapi malangnya apabila kumpulan Hujan mula naik dan popular terdapat segelintir pihak pula yang dengki dan sakit hati.
Katanya;
“Hei Hujan! Kamu bukan kumpulan Indie yang tulen! Kamu banyak main Mainstream. Sikit-sikit masuk TV, Astro, Melodi, Majalah Magga, dan URTV.. fuck you la!!”
Seperti yang berlaku di JB Underground Music- Art Of Noise Fest,
Saya tak pasti sama ada mereka yang mencarut ini adalah mereka yang betul-betul benci kepada Hujan atau mereka yang terikut-ikut dengan keadaan masa itu.
Dan dari pengamatan saya kelihatan mereka seperti golongan yang masih bersekolah (di video yang lain). Jadi apa mereka tahu tentang muzik? Senang-senang ingin meng’fuck’ orang lain?
Walaupun kini banyak khabar angin yang kurang enak didengar tetapi tiada cara lainkah ingin menegur kumpulan Hujan? Gunalah cara yang beradap dan bersopan sikit. Jangan memalukan kumpulan Hujan hingga begitu.
Tetapi saya yakin kumpulan Hujan yang mempunyai peminatnya tersendiri yang digelar rangers tak akan tergugat dengan insiden ini.
Seperti kata di dalam MySpace mereka sebelum ini;
“Kami tak kisah. Kami akan terus bermain muzik”


Semoga Blog Ini Membawa Sedikit Manfaat Kepada Kamu Ya!
July 11th, 2008 at 5:10 pm
mmg btul la lagu tu dibuat ttg abang hali kump hujan…Noh! Dia pernah janji dgn abang dia nak buat band, tp abang dia masuk pusat pemulihan la pulak sbb ada problem. Lagu nie pasal tunggu abang dia la ni. huhuh… bukan gay!
Noh tu pun homophobic n die pnh ckp die xnak org gay pgi show dia.
Apapun, Hujan n Noh mmg best!
stay underground, don’t go mainstream cuz once you mainstream you become a sell out!
November 22nd, 2009 at 2:24 am
perkataan yang digunakan ‘F*c*’ menggambarkan betapa ceteknya seseorang itu. mungkin ungkapan itu biasa pada mereka. whatever it is, kumpulan hujan perlu lebih professional mengatasi manusia-manusia remeh ini dan terus berkarya. saya bukan raingers tapi observer. hujan will go far in this industry. syabas!