Contohi Kerajaan Negeri Selangor- Kurangkan Beban Rakyat.
Selangor Tanggung Air Percuma RM132j Setahun
Oleh Abdul Yazid Alia
SHAH ALAM 11 Jun - Kerajaan campuran Selangor terpaksa membiayai RM132 juta setahun nilai kos 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri ini bagi mengotakan janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.
Menerusi persetujuan yang dicapai oleh kerajaan campuran Selangor melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd., (Syabas) hari ini, ia bermakna KDEB menanggung kos air yang dianggarkan sebanyak RM11 juta sebulan, berkuat kuasa 1 Jun.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, selaras dengan keputusan tersebut, pengguna air di Selangor juga akan menerima bil air baru dengan rebat air percuma mengikut kadar yang ditetapkan itu bermula Isnin depan.
“Kita telah mengadakan perbincangan dengan pihak Syabas tengah hari tadi dan telah mencapai persetujuan iaitu bagi pengguna air di negeri ini yang telah menerima bil air sebelum 16 Jun (Isnin depan) akan menerima rebat bayaran untuk pengunaan 15 hari pertama bulan ini yang direkodkan di dalam bil bulan Julai.
“Kos berkenaan (20 meter padu air pertama) akan ditanggung oleh KDEB setiap bulan. Bagaimanapun, pemberian air percuma ini hanya untuk pengguna yang mempunyai meter individu sahaja,” katanya ke- pada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pemberian percuma sebanyak 20 meter padu pertama seperti dijanjikan oleh kerajaan negeri kepada seluruh rakyat Selangor mulai Jun ini, seperti yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.
Bagaimanapun, pemberian air percuma berkenaan yang juga merupakan satu usaha penstrukturan semula industri air di Selangor itu tertangguh sebelum ini, berikutan tiadanya persetujuan dicapai di antara kerajaan negeri dengan pihak Syabas termasuk daripada segi terma, syarat-syarat termasuklah kaedah-kaedah pelaksanaan yang akan digunapakai.
Pada 9 Jun lalu, Syabas telah menolak terma dan syarat pembayaran yang dikemukakan oleh KDEB berhubung pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada pengguna di Selangor.
Syabas mahu KDEB membiayai kos 20 meter padu air yang dianggarkan sebanyak RM11 juta sebulan berkuatkuasa 1 Jun dan bukannya pada bulan September seperti cadangan awal KDEB.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan berkata, rundingan mengenai perkara itu telah selesai memandangkan KDEB telah memberi aku janji untuk membayar bekalan air berkenaan bagi pihak kerajaan negeri dalam tempoh 30 hari setiap bulan.
“Kita jangkakan pelaksanaan ini untuk bulan ini (Jun) mungkin akan mengalami kesulitan. Namun, kita akan buat penyelarasan seperti yang dipersetujui,” katanya.
Alhamdulillah.. saya sebagai rakyat Selangor juga anak jati negeri ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan baru Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana telah memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor.
Pakatan Rakyat memang menepati janji!
Ini merupakan satu komitmen kerajaan negeri yang besar kerana kita sedia maklum bahawa negeri Selangor adalah negeri termaju di Malaysia. Difahamkan bahawa kos keseluruhan yang ditanggung kerajaan negeri adalah sebanyak RM132 juta.
Saya pasti ‘kos ini’ akan dipolitikkan oleh kerajaan BN. Biasalah bila Pakatan Rakyat tunaikan janji, mereka bising dan bila tak tunai janji pun bising.
Semoga Allah membalas jasa Pakatan Rakyat.


Semoga Blog Ini Membawa Sedikit Manfaat Kepada Kamu Ya!