Blog Mazidul Akmal Sidik- Wartawan TV3.
Jam menunjukkan pukul 3.40 pagi.
Arghh.. mata tak mahu lelap pula selepas asyik membaca sebuah blog yang menarik bahasa tulisan dan pengolahannya. Dari satu ke satu post hingga tak sedar habis kesemua post saya baca. Terpaku kerana dapat merasakan keadaan serta suasana yang diceritakan.
Ianya kepunyaan Mazidul Akmal Sidik wartawan TV3 yang pernah kecoh satu Malaysia ketika dahulu ditangkap polis kerana mengambil pil khayal di sebuah kelab.
Ahh.. itu sebenarnya salah faham orang ramai. Yelah.. bila ditangkap polis saja terus memberi hukum dan berkata;
Tengok Mazidul tu. Kena tangkap polis (sambil mengisap rokok Dunhill 14). Cakap kat tv berapi-api tapi tak boleh pakai. Ni gua tak berkenan ni. Rasa macam nak interview dia pulak je.
Bagi yang ingin mengingati kembali ’kisah hitam’ itu boleh baca di;
Lepas itu jangan lupa singgah pula blog beliau di MazidulAkmal.blogspot.com. Saya terperasan tadi, wow.. tinggilah pelawat blog dia. Owh lupa.. dia ada promosi URL blog beliau di Rancangan 360 tempoh hari.
Sempat juga ya!


Semoga Blog Ini Membawa Sedikit Manfaat Kepada Kamu Ya!
June 8th, 2008 at 8:12 am
Selebriti.. Memanglah tinggi pelawat blog dia..
Nak promote senang..
dalam rancangan dia je kurang2 10 K orang perasan..
Cam kita nie terpaksalah menjengah ke sana ke sini promote blog kita kan
June 9th, 2008 at 5:19 am
Zool: Xpe sok kita dah dapat ‘taraf selebriti’ tu senang la dapat pelawat tinggi. Huwawa..
June 18th, 2008 at 12:02 pm
banyak hal yang awak dah bongkar tapi satu isu ni saya rasa awak dan kebanyakan melayu dan rakyat malaysia yang lain tak ambil peduli. Diskriminasi dalam pekerjaan, hari ini peratusan majikan di malaysia adalah cina dan bangsa melayu dan india contohya menjadi mangsa kepada mereka dengan cara
1. Gaji - Contohnya seorang melayu dan seorang Cina memohon kerja di sebuah syarikat milik cina dengan kelayakan yang sama percaya atau tidak akan wujud satu jurang yang besar dalam pembahagian atau gaji permulaan mereka. Yang cina akan mendapat gaji yang tinggi dan yang melayu jadi kayu dan apabila di tanya pastinya alasan yang langsung tak munasabah yang diberikan.
2. Jawatan - Kebanyakkan syarikat milik cina di negara ini hanya memberikan jawatan peringkat Pengurusan kepada kaum mereka sahaja dan melayu dan india hanya menjadi supervisor sahaja bahkan ada dikalangan manager dan executif yang merreka lantik tak tau menulis dan membaca apatah lagi hendak berbahasa enggeris.
3. Tugas - Biasanya jika di jepun setiap ada jangkaun kerja masing - masing walau pun dalam jawatan yang sama dan tugas yang dijalankan adalah adil tapi berlainan di negara kita kerana jika seorang melayu/india sama jawatan dengan seorang cina dah semestinya merekalah yang akan menangung beban kerja yang lebih sedangkan yang cina memberi arahan seperti bos.
Saya meluahkan melalui pengalaman bukan hendak mewujudkan jurang per kauman tapi hendak menyatukan dan memulihkan kalau-kalau ada yang terlupa mereka sedang berpijak di bumi melayu. Dan juga untuk menyedarkan melayu kita yang hanya “Yes Bos” tak tau untuk menggunakan undang-undang yang ada.