Media Alternatif Masa Kini

Isu Semasa, Kontrovesi, Politik, Hiburan, Artis, Gosip, & Pandangan Rakyat

Archive for the ‘Politik’


Lepas Geram Kat Pak Lah.

Dalam game pun jadi la.. he2. Sepakan paling jauh saya adalah 19 meter. Anda pula?

Ayuh ajak satu taman perumahan main game ini. Nanti tak ada la tertekan sangat jiwa dan raga kita dengan harga barang sekeliling yang makin naik.

Kreatif betul la pencipta game ini. Macam tau-tau saja rakyat memang nak lepas geram kat Pak Lah.

Sumber.

Gabungan PROTES Membantah Kenaikan Harga Minyak Di Kg. Baru.

Satu perhimpunan terbaru dari rakyat yang membantah kenaikan harga minyak. Pak Lah harus membaca mesej yang ingin disampaikan. Perhimpuanan telah berjaya berlangsung secara aman tanpa provokasi dari pihak polis.

Satu berta terkini..

Pak Lah dikatakan ingin menurunkan harga minyak?

Ia hangat dikatakan di sini.

 

Contohi Kerajaan Negeri Selangor- Kurangkan Beban Rakyat.

Selangor Tanggung Air Percuma RM132j Setahun

Oleh Abdul Yazid Alia

SHAH ALAM 11 Jun - Kerajaan campuran Selangor terpaksa membiayai RM132 juta setahun nilai kos 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri ini bagi mengotakan janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.

Menerusi persetujuan yang dicapai oleh kerajaan campuran Selangor melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd., (Syabas) hari ini, ia bermakna KDEB menanggung kos air yang dianggarkan sebanyak RM11 juta sebulan, berkuat kuasa 1 Jun.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, selaras dengan keputusan tersebut, pengguna air di Selangor juga akan menerima bil air baru dengan rebat air percuma mengikut kadar yang ditetapkan itu bermula Isnin depan.

“Kita telah mengadakan perbincangan dengan pihak Syabas tengah hari tadi dan telah mencapai persetujuan iaitu bagi pengguna air di negeri ini yang telah menerima bil air sebelum 16 Jun (Isnin depan) akan menerima rebat bayaran untuk pengunaan 15 hari pertama bulan ini yang direkodkan di dalam bil bulan Julai.

“Kos berkenaan (20 meter padu air pertama) akan ditanggung oleh KDEB setiap bulan. Bagaimanapun, pemberian air percuma ini hanya untuk pengguna yang mempunyai meter individu sahaja,” katanya ke- pada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pemberian percuma sebanyak 20 meter padu pertama seperti dijanjikan oleh kerajaan negeri kepada seluruh rakyat Selangor mulai Jun ini, seperti yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, pemberian air percuma berkenaan yang juga merupakan satu usaha penstrukturan semula industri air di Selangor itu tertangguh sebelum ini, berikutan tiadanya persetujuan dicapai di antara kerajaan negeri dengan pihak Syabas termasuk daripada segi terma, syarat-syarat termasuklah kaedah-kaedah pelaksanaan yang akan digunapakai.

Pada 9 Jun lalu, Syabas telah menolak terma dan syarat pembayaran yang dikemukakan oleh KDEB berhubung pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada pengguna di Selangor.

Syabas mahu KDEB membiayai kos 20 meter padu air yang dianggarkan sebanyak RM11 juta sebulan berkuatkuasa 1 Jun dan bukannya pada bulan September seperti cadangan awal KDEB.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan berkata, rundingan mengenai perkara itu telah selesai memandangkan KDEB telah memberi aku janji untuk membayar bekalan air berkenaan bagi pihak kerajaan negeri dalam tempoh 30 hari setiap bulan.

“Kita jangkakan pelaksanaan ini untuk bulan ini (Jun) mungkin akan mengalami kesulitan. Namun, kita akan buat penyelarasan seperti yang dipersetujui,” katanya.

Sumber

Alhamdulillah.. saya sebagai rakyat Selangor juga anak jati negeri ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan baru Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana telah memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor.

Pakatan Rakyat memang menepati janji!

Ini merupakan satu komitmen kerajaan negeri yang besar kerana kita sedia maklum bahawa negeri Selangor adalah negeri termaju di Malaysia. Difahamkan bahawa kos keseluruhan yang ditanggung kerajaan negeri adalah sebanyak RM132 juta.

Saya pasti ‘kos ini’ akan dipolitikkan oleh kerajaan BN. Biasalah bila Pakatan Rakyat tunaikan janji, mereka bising dan bila tak tunai janji pun bising.

Semoga Allah membalas jasa Pakatan Rakyat.

 

Yang Terlepas Tu- Jom Tonton Debat Isu Kenaikan Harga Minyak Malaysia!

Anda tahu tak saya beriya-iya mahu tengok debat ini tapi tak kesampaian. Ingatkan start pukul 9.00 malam last-last pukul 9.30 malam rupanya.

Adoi.. melepas nak tengok secara siaran langsung. Baiklah bagi tidak membuang masa jom kita tonton debat ini di You Tube.

Dari pemerhatian saya rata-rata komen pengunjung menganggap Dato Shahril Samad, Menteri Hal Ehwal Pengguna tidak menjawab soalan. Jawapannya lebih kepada berbelit-belit. Apa yang rakyat mahukan adalah ‘penjelasan’ bukannya ’sebab’.

Dari satu sudut pula ramai pengunjung berpendapat yang sepatutnya berdebab dengan Dato Shahril Samad adalah Dato Husam Musa, Naib Presiden PAS. Ini kerana mereka melihat Salahuddin Ayub ada isi debatnya tetapi tak dapat untuk counter balik pertanyaan Dato Shahril Ahmad.

Selepas habis menonton kesemua 6 siri debat ini. Apa yang saya boleh simpulkan kerajaan masih tidak mempunyai alsan yang begitu ‘kukuh’ kenapa harga minyak perlu naik begitu tinggi dan kenapa syarikat Petronas tidak perlu diaudit oleh Ketua Audit Negara.

Itu dua persoalan yang masih belum terjawab.

 

Video Debat Salahuddin-Shahril Tentang Harga Minyak Di TV1 Part 1

Video Debat Salahuddin-Shahril Tentang Harga Minyak Di TV1 Part 2

Video Debat Salahuddin-Shahril Tentang Harga Minyak Di TV1 Part 3

Video Debat Salahuddin-Shahril Tentang Harga Minyak Di TV1 Part 4

Video Debat Salahuddin-Shahril Tentang Harga Minyak Di TV1 Part 5

Video Debat Salahuddin-Shahril Tentang Harga Minyak Di TV1 Part 6

 

Debat Isu Kenaikan Harga Minyak Malaysia.

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub akan muncul di kaca televisyen menerusi rancangan “Bersemuka” TV1 bagi mendebatkan isu kenaikan harga minyak, esok.

Salahuddin akan berbalas hujah dengan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahril Samad berhubung rasional kerajaan menstrukturkan semula harga bahan api sehingga mengakibatkan kenaikan mendadak harga runcit petrol dan diesel 5 Jun lalu.

Rancangan “Bersemuka” itu akan disiarkan secara langsung oleh TV1 mulai jam 9.30 malam.- tajdid

Sumber

Bagi rakyat yang ingin penjelasan mengenai kenaikan isu minyak ini bolehlah lihat debat antara Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Dato Shahril Samad.

Jangan dibatalkan last-last minit sudah la ya.

Sambil tu jom kita baca pelbagai komen dan luahan rakyat mengenai ‘isu naik minyak’ di forum-forum bawah ini;

Calloo..

CariGold.com

MalaysianBikers.com.my

 

50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tak Layak Menjadi PM.

Bukan,

Tetapi..

UndurLAH.. Kami Mahu Perubahan

70 Dalil Pak Lah Hilang Kelayakan Memimpin Negara!!

 

Ia telah diterbitkan oleh Ahli UMNO Kedah ketika krisis dalaman UMNO yang berlaku pada tahun 2006. Anda boleh men’download’nya di sini atau boleh membacanya terus di sini.

Reaksi anda?

 

Silalah Isi Minyak Di Malaysia.

Harian Metro- Larangan Ditarik Balik

Oleh Kamarulzaman Pid

PUTRAJAYA: Larangan menjual minyak bersubsidi kepada kenderaan asing di sempadan yang dijalankan sejak 2 Jun lalu ditarik balik selaras dengan pengumuman kenaikan petrol dan diesel oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata berikutan langkah itu, pemilik kenderaan asing bebas membeli bahan api itu di mana-mana stesen minyak di seluruh negara.

“Berikutan pengumuman harga baru bahan api berkenaan, kerajaan dengan ini menarik balik larangan menjual minyak bersubsidi kepada kenderaan asing berkuat kuasa sekarang.

“Ini juga bermakna, kita tidak perlu sangat kawalan penguatkuasaan dari segi subsidi minyak kerana harga bahan api di negara ini tidak jauh beza dengan negara jiran,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman pakej penstrukturan semula subsidi bahan api oleh Perdana Menteri, di sini, semalam.

Shahrir berkata, kenaikan harga bahan api itu juga tidak akan menyebabkan harga barangan keperluan dan pengangkutan awam turut meningkat berikutan langkah kerajaan menyalurkan subsidi bahan api itu bagi menangani masalah berkenaan.

“Kita sudah bergerak selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan tiga mekanisme harga diesel subsidi iaitu RM1 bagi setiap liter kepada nelayan, pengusaha pengangkutan awam (RM1.43) dan RM1.20 untuk pengusaha pengangkutan air.

“Ini bermakna mereka tiada sebab untuk menaikkan harga barangan atau perkhidmatan pengangkutan awam kerana kita masih mengekalkan subsidi bagi sektor yang kritikal dan membabitkan kepentingan umum,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya akan terus menjalankan pemantauan dalam usaha memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan terhadap kenaikan itu.

“Selain terus memantau pemberian subsidi minyak, kementerian akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan pemberian subsidi bahan makanan dan sebarang kenaikan harga barang.

“Kita menjangkakan tidak akan timbul masalah pembayaran subsidi sebanyak RM625 dan RM150 kerana ia dibayar terus kepada pengguna setiap tahun,” katanya.

Shahrir juga berkata, kerajaan mengkaji untuk menghapuskan cukai import kenderaan seperti kebanyakan negara di Asia Tenggara selaras dengan pengenalan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (Afta).

“Saya rasa sudah tiba masanya kita menukar sistem kita kepada pasaran yang lebih terbuka.

“Kita tidak boleh sentiasa mengamalkan dasar melindungi ekonomi negara, terutama pengeluar kereta tempatan,” katanya.

Sumber

Ini keputusan apa ini? Mana yang lebih penting kebajikan rakyat ke atau kebajikan pengusaha-pengusaha  stesen minyak? Atau kebajikan rakyat Thailand dan Singapura?

Janganlah rampas hak kami!! Minyak Malaysia masih lagi murah bagi mereka.

Banyak sangat tindakan kerajaan yang memeningkan rakyat. Tolonglah berhenti bersandiwara. Ambik sedikit ikhtibar PRU-12 yang lalu.

 

Pak Lah Janji Harga Minyak Tak Akan Naik?

Bermula pada tarikh 5 Jun 2008 menyaksikan kerajaan BN di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) telah mengumumkan kenaikan harga minyak Malaysia kali ke 7! Wow.. dalam masa 4 tahun 7 kali naik?? Buktinya ada di sini dan sejarah kenaikkan harga minyak dari tahun 1990 hingga kali terakhir pada tahun 2006 juga ada di sini.

Buat makluman anda harga petrol sekarang berharga RM1.92 seliter telah naik ke RM2.70 seliter manakala diesel dari RM1.58 naik ke RM2.58. Sungguh tak lojik harga diesel hampir menyamai harga petrol!

Sesungguhnya saya sebagai rakyat Malaysia merasa sungguh kecewa dengan tindakan terbaru kerajaan ini. Dimanakah janji kerajaan yang ingin membela nasib rakyat? Tidak terfikirkah kerajaan bahawa minyak digunapakai oleh setiap orang tidak kira kaya atau miskin? Dan tidak terfikirkah kerajaan kesannya akan menaikkan harga sekeliling?

Dan tentunya saranan yang biasa kita dengar adalah ubah gaya hidup, harga minyak kita lagi murah daripada Thailand dan Singapura (kenapa tak nak banding dengan Brunei yang sama-sama pengeluar minyak?), kerajaan tak mampu menampung harga subsidi, kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan rakyat (ya ke?), dan pelbagai alasan lagi.

Yang menariknya lagi media kerajaan seperti biasa akan membuat sesi berdialog bersama dengan pakar-pakar ekonomi untuk merelevenkan tindakan kerajaan. Ya.. tadi di TV3 dah buat, Buletin 8 Malam.

Ohh.. sebelum terlupa disebabkan ini adalah harga minyak yang paling tertinggi naik maka kerajaan telah mengumumkan beberapa insentif untuk mengurangkan bebanan rakyat. Satu tindakan yang bagus tetapi ikhlas saya ingin bertanya kepada anda, adakah ia mencukupi? Mampukah ia mengurang sedikit tekanan harga sekeliling yang akan naik semuanya? Itu sudah pasti!

Jadi benarlah kata pembangkang (Pakatan Rakyat), undi BN.. Barang Naik! Ingin protes sila lawati laman web ini. Saya rindu pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad.

Sebelum berakhir mari kita dengar pandangan blogger di bawah ini;

MohdIsmail.net

FW2u.wordpress.com

AminAshaari.com

RunAwayz.com

LigaKampung.com/blog

Sebolku.blogspot.com