Media Alternatif Masa Kini

Isu Semasa, Kontrovesi, Politik, Hiburan, Artis, Gosip, & Pandangan Rakyat

Lepas Geram Kat Pak Lah.

Dalam game pun jadi la.. he2. Sepakan paling jauh saya adalah 19 meter. Anda pula?

Ayuh ajak satu taman perumahan main game ini. Nanti tak ada la tertekan sangat jiwa dan raga kita dengan harga barang sekeliling yang makin naik.

Kreatif betul la pencipta game ini. Macam tau-tau saja rakyat memang nak lepas geram kat Pak Lah.

Sumber.

Manusia Kebal Akhirnya Tewas?

 

Saya ingatkan ‘manusia kebal’ hanya dogengan. Rupa-rupanya memang betul ada.

Cuba lihat bagaimana polis menembak lelaki itu tapi tak sedikit pun mencederakannya. Polis pada mulanya menembak ke arah kaki penjenyah itu tetapi tak berhasil dan akhirnya apabila seorang penduduk membeitahu kelemahannya, penjenayah itu akhirnya berjaya ditumpaskan.

Pengajaran daripada story  ini kita jangan la mendabik dada sombong di muka bumi Allah ini dan percayalah setiap perbuatan kita ada balasannya.

Ingat ya!

 

Gabungan PROTES Membantah Kenaikan Harga Minyak Di Kg. Baru.

Satu perhimpunan terbaru dari rakyat yang membantah kenaikan harga minyak. Pak Lah harus membaca mesej yang ingin disampaikan. Perhimpuanan telah berjaya berlangsung secara aman tanpa provokasi dari pihak polis.

Satu berta terkini..

Pak Lah dikatakan ingin menurunkan harga minyak?

Ia hangat dikatakan di sini.

 

Contohi Kerajaan Negeri Selangor- Kurangkan Beban Rakyat.

Selangor Tanggung Air Percuma RM132j Setahun

Oleh Abdul Yazid Alia

SHAH ALAM 11 Jun - Kerajaan campuran Selangor terpaksa membiayai RM132 juta setahun nilai kos 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri ini bagi mengotakan janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.

Menerusi persetujuan yang dicapai oleh kerajaan campuran Selangor melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd., (Syabas) hari ini, ia bermakna KDEB menanggung kos air yang dianggarkan sebanyak RM11 juta sebulan, berkuat kuasa 1 Jun.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, selaras dengan keputusan tersebut, pengguna air di Selangor juga akan menerima bil air baru dengan rebat air percuma mengikut kadar yang ditetapkan itu bermula Isnin depan.

“Kita telah mengadakan perbincangan dengan pihak Syabas tengah hari tadi dan telah mencapai persetujuan iaitu bagi pengguna air di negeri ini yang telah menerima bil air sebelum 16 Jun (Isnin depan) akan menerima rebat bayaran untuk pengunaan 15 hari pertama bulan ini yang direkodkan di dalam bil bulan Julai.

“Kos berkenaan (20 meter padu air pertama) akan ditanggung oleh KDEB setiap bulan. Bagaimanapun, pemberian air percuma ini hanya untuk pengguna yang mempunyai meter individu sahaja,” katanya ke- pada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pemberian percuma sebanyak 20 meter padu pertama seperti dijanjikan oleh kerajaan negeri kepada seluruh rakyat Selangor mulai Jun ini, seperti yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, pemberian air percuma berkenaan yang juga merupakan satu usaha penstrukturan semula industri air di Selangor itu tertangguh sebelum ini, berikutan tiadanya persetujuan dicapai di antara kerajaan negeri dengan pihak Syabas termasuk daripada segi terma, syarat-syarat termasuklah kaedah-kaedah pelaksanaan yang akan digunapakai.

Pada 9 Jun lalu, Syabas telah menolak terma dan syarat pembayaran yang dikemukakan oleh KDEB berhubung pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada pengguna di Selangor.

Syabas mahu KDEB membiayai kos 20 meter padu air yang dianggarkan sebanyak RM11 juta sebulan berkuatkuasa 1 Jun dan bukannya pada bulan September seperti cadangan awal KDEB.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan berkata, rundingan mengenai perkara itu telah selesai memandangkan KDEB telah memberi aku janji untuk membayar bekalan air berkenaan bagi pihak kerajaan negeri dalam tempoh 30 hari setiap bulan.

“Kita jangkakan pelaksanaan ini untuk bulan ini (Jun) mungkin akan mengalami kesulitan. Namun, kita akan buat penyelarasan seperti yang dipersetujui,” katanya.

Sumber

Alhamdulillah.. saya sebagai rakyat Selangor juga anak jati negeri ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan baru Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana telah memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor.

Pakatan Rakyat memang menepati janji!

Ini merupakan satu komitmen kerajaan negeri yang besar kerana kita sedia maklum bahawa negeri Selangor adalah negeri termaju di Malaysia. Difahamkan bahawa kos keseluruhan yang ditanggung kerajaan negeri adalah sebanyak RM132 juta.

Saya pasti ‘kos ini’ akan dipolitikkan oleh kerajaan BN. Biasalah bila Pakatan Rakyat tunaikan janji, mereka bising dan bila tak tunai janji pun bising.

Semoga Allah membalas jasa Pakatan Rakyat.

 

Yang Terlepas Tu- Jom Tonton Debat Isu Kenaikan Harga Minyak Malaysia!

Anda tahu tak saya beriya-iya mahu tengok debat ini tapi tak kesampaian. Ingatkan start pukul 9.00 malam last-last pukul 9.30 malam rupanya.

Adoi.. melepas nak tengok secara siaran langsung. Baiklah bagi tidak membuang masa jom kita tonton debat ini di You Tube.

Dari pemerhatian saya rata-rata komen pengunjung menganggap Dato Shahril Samad, Menteri Hal Ehwal Pengguna tidak menjawab soalan. Jawapannya lebih kepada berbelit-belit. Apa yang rakyat mahukan adalah ‘penjelasan’ bukannya ’sebab’.

Dari satu sudut pula ramai pengunjung berpendapat yang sepatutnya berdebab dengan Dato Shahril Samad adalah Dato Husam Musa, Naib Presiden PAS. Ini kerana mereka melihat Salahuddin Ayub ada isi debatnya tetapi tak dapat untuk counter balik pertanyaan Dato Shahril Ahmad.

Selepas habis menonton kesemua 6 siri debat ini. Apa yang saya boleh simpulkan kerajaan masih tidak mempunyai alsan yang begitu ‘kukuh’ kenapa harga minyak perlu naik begitu tinggi dan kenapa syarikat Petronas tidak perlu diaudit oleh Ketua Audit Negara.

Itu dua persoalan yang masih belum terjawab.

 

Video Debat Salahuddin-Shahril Tentang Harga Minyak Di TV1 Part 1

Video Debat Salahuddin-Shahril Tentang Harga Minyak Di TV1 Part 2

Video Debat Salahuddin-Shahril Tentang Harga Minyak Di TV1 Part 3

Video Debat Salahuddin-Shahril Tentang Harga Minyak Di TV1 Part 4

Video Debat Salahuddin-Shahril Tentang Harga Minyak Di TV1 Part 5

Video Debat Salahuddin-Shahril Tentang Harga Minyak Di TV1 Part 6

 

Debat Isu Kenaikan Harga Minyak Malaysia.

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub akan muncul di kaca televisyen menerusi rancangan “Bersemuka” TV1 bagi mendebatkan isu kenaikan harga minyak, esok.

Salahuddin akan berbalas hujah dengan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahril Samad berhubung rasional kerajaan menstrukturkan semula harga bahan api sehingga mengakibatkan kenaikan mendadak harga runcit petrol dan diesel 5 Jun lalu.

Rancangan “Bersemuka” itu akan disiarkan secara langsung oleh TV1 mulai jam 9.30 malam.- tajdid

Sumber

Bagi rakyat yang ingin penjelasan mengenai kenaikan isu minyak ini bolehlah lihat debat antara Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Dato Shahril Samad.

Jangan dibatalkan last-last minit sudah la ya.

Sambil tu jom kita baca pelbagai komen dan luahan rakyat mengenai ‘isu naik minyak’ di forum-forum bawah ini;

Calloo..

CariGold.com

MalaysianBikers.com.my

 

Amy Seach Buka Maahad Tahfiz?

Amy Seach Dan Tok Guru Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Percaya atau tidak, penyanyi rock terkenal Amy Search, akan membuka sebuah maahad tahfiz bernilai RM3 juta di Johor tidak lama lagi?

“Ini dia pelannya tok guru,” kata Amy memberikan penerangan tentang reka bentuk pusat tahfiz yang bakal dibina melalui yayasan yang beliau tubuhkan itu.

Selepas melihatnya, Nik Aziz membacakan doa, moga-moga cita-cita penghijrahan Amy berjaya. Amy mula berubah selepas menunaikan umrah tahun lalu. Beliau ke sana selepas berjaya dalam samannya terhadap sebuah syarikat rakaman.

Selepas itu, perlahan-lahan Amy dilihat berubah dan pembukaan kedai makanan Cina Islam Cheng Ho antara titik penting perubahan Amy.
Amy Search Dan Isteri
Sebelum ini, Amy berduet dengan kumpulan Rabbani merakamkan lagu ketuhanan. Kini, perubahan lebih besar sedang dirancang Amy bersama isterinya yang merasakan cinta mereka berdua semakin mantap sepanjang di tanah suci walaupun sudah beranak dua ketika itu.
Pewitt.. alhamdulillah Amy. Sama-sama kita berubah ke arah kebaikan. Yang penting Allah tahu niat kita. Saya berdoa semoga Allah memberi seribu satu kesenangan di dunia dan akhirat kepada Amy.

Amin.

 

Blog Mazidul Akmal Sidik- Wartawan TV3.

Jam menunjukkan pukul 3.40 pagi.

Arghh.. mata tak mahu lelap pula selepas asyik membaca sebuah blog yang menarik bahasa tulisan dan pengolahannya. Dari satu ke satu post hingga tak sedar habis kesemua post saya baca. Terpaku kerana dapat merasakan keadaan serta suasana yang diceritakan.

Ianya kepunyaan Mazidul Akmal Sidik wartawan TV3 yang pernah kecoh satu Malaysia ketika dahulu ditangkap polis kerana mengambil pil khayal di sebuah kelab.

Ahh.. itu sebenarnya salah faham orang ramai. Yelah.. bila ditangkap polis saja terus memberi hukum dan berkata;

Tengok Mazidul tu. Kena tangkap polis (sambil mengisap rokok Dunhill 14). Cakap kat tv berapi-api tapi tak boleh pakai. Ni gua tak berkenan ni. Rasa macam nak interview dia pulak je.

Bagi yang ingin mengingati kembali ’kisah hitam’ itu boleh baca di;

MindaKembara.blogspot.com

PesonaBatik.com

LKNY.blogspot.com

SyokKahwin.com

Lepas itu jangan lupa singgah pula blog beliau di MazidulAkmal.blogspot.com. Saya terperasan tadi, wow.. tinggilah pelawat blog dia. Owh lupa.. dia ada promosi URL blog beliau di Rancangan 360 tempoh hari.

Sempat juga ya!

 

50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tak Layak Menjadi PM.

Bukan,

Tetapi..

UndurLAH.. Kami Mahu Perubahan

70 Dalil Pak Lah Hilang Kelayakan Memimpin Negara!!

 

Ia telah diterbitkan oleh Ahli UMNO Kedah ketika krisis dalaman UMNO yang berlaku pada tahun 2006. Anda boleh men’download’nya di sini atau boleh membacanya terus di sini.

Reaksi anda?

 

Versi Peroduan MyVi Yang Terkini Akan Dilancarkan.

Bahagian Hadapan;

yang garang..

Perodua MyVi Malaysia Bahagian Depan

Bahagian Belakang;

yang seksi dan mantap..

Perodua MyVi Malaysia Bahagian Belakang

Bahagian Lampu Belakang;

yang menikam jiwa..

Lampu Belakang Perodua MyVi Malaysia

Bahagian Dalaman;

yang puas hati beb..

Bahagian Dalaman Perodua MyVi Malaysia

He2.. anda yang masih pening kepala dengan kenaikan harga minyak di Malaysia ada berita gembira buat anda.

Sebuah model baru Perodua MyVi akan keluar! Ahh.. jika anda peminat Perodua MyVi isu minyak bukan faktor penghalang bagi anda bergaya bersama kereta idaman ini. Tak silap saya kereta paling laris Perodua ialah model MyVi.

Adakah ini cara pemasaran Perodua untuk mengekalkan jualannya? Mungkin ya.

Bagi saya keluaran kereta Perodua amat menepati citarasa pengguna-pengguna Malaysia yang amat mementingkan rekabentuk luaran daripada dalaman. Tetapi kita tak bolehlah membandingkannya dengan Proton kerana setiap model Proton direkabentuk sendiri oleh jurutera tempatan berbanding Perodua yang diklon setiap model Daihatsu dan diubah sedikit.

Lagipun semua tahu bahawa Perodua adalah Daihatsu di Malaysia. Kena ingat itu!

Untuk mengetahui sejarah kereta Perodua MyVi sila klik di sini manakala yang suka berkelab bolehlah menyertai kelab MyVi yang paling popular di sini dan sini.

 Apa lagi jom vrooommm..